Wednesday, April 28, 2010

Nota Hati Seorang Lelaki

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa
yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli
hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak
ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama
:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun
itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Monday, April 19, 2010

Tugas Rutin Pekerja Sektor Swasta lwn Sektor Awam

dari pemerhatian,

rutin aku sebagai pekerja sektor swasta terkini,

830am masuk ofiss, check surat2/email2
845am inspection of the works
930am b'fast with the subordinate
10.00am - start doing job ++ FB YM Blog ETC

12.00 - 2.00 free activities

2.00pm doing job n paperworks ++ FB YM Blog ETC
inspection of the works
5.30pm end of the day


kalau dulu sebagai kontraktor tapi makan gaji

celik mata, kerja..kerja..kerja

outstation laaa, meeting laaa, jumpa authority laaa,

no time for family



bayangkan kalau skrg nie aku keje ngan gomen....camana agaknyer,

dulu penah tolak offer Jurutera di Felda Engineering Services
tahun 2009 pun penah tolak offer Jabatan Pengairan dan Saliran, kalau kat sini aku dah jadi penolong pengarah dah...hahahaha

dunia, duniiiaa...

sekadar coretan permulaan


papa alif dan airis

i know this guy...jamilkucing

Cerita benar dari jamil. siapa sangka, malah jamil sendiri tak pernah terfikir jamil akan masuk lokap. dekat 10 tahun aktif dalam reformasi keadilan, semuanya selamat dari di tangkap atau di lokap. tetapi siapa sangka menjadi terkenal boleh menyebabkan kita di lokap. . kalau orang lain malu nak bercerita dia di lokap sebab mereka mesti melakukan kesalahan, tetapi jamil tidak melakukan kesalahan.jamil tak merasa malu atau takut untuk ceritakan kerana ada beberapa perkara dan kejadian yang nak jamil kongsikan .betul betul jamil tak terfikir langsung kejadian tersebut.


Seperti biasa hari rabu jamil tidak ke bukit bintang. dan setiap hari rabu jika tak ke taman rimba ampang mandi petang jamil akan ke taman Tar ( dekat rumah hishamuddin ) membawa berok-berok peliharaan jamil bermain dengan berok berok hutan yang turun dari hutan.selalunya petang-petang dalam pukul 4.00pm hingga 6.30pm pasti ramai yg datang. kawasan taman tara dalah kawasan ke 3 high class di kuala lumpur.kerana terdapat kelab golf. Jadi kelmarin hari rabu 14 / 04 / 2010 dalam pukul 5.00 petang jamil membawa 2 ekor berok jamil ke taman tar. sebaik sahaja masuk jalan kolam air lama jamil mengikuti sebuah kereta toyota altis berwarna hitam. mulanya seperti biasa laju tetapi selepas beberapa kali pemandu kereta tersebut ashik melihat cermin belakang yg jamil nampak. dan jamil boleh pastikan beliau seorang lelaki dari middle east .ataupun negara arab. beliau mula memperlahankan kereta beliau. apabila kereta tersebut terlalu pelahan jamil mula memotong sebelah kanan. ketika jamil berada betul betul di sebelah kereta hitam tersebut beliau terus memecut semua keretanya mengiringi skuter jamil sedangkan dari arah hadapan sebuah lori kecil sedang datang. ketika itu jamil hanya tawakal ke hadrat Allah subhanahuwataala kerana berada tengah-tengah di antara kereta dan Lori dan memang dah tak ada jalan nak lari dah .. sebaik sahaja sampai ke satu bumper kereta tersebut terpaksa pelahan dan jamil memotong sambil menunjukan isyarat penumbuk. dan jamil terus pergi. meninggalkan kereta lelaki arab tersebut.


Beliau mengejar jamil sehingga jamil masuk jalan 1 ,di sini beliau sekali lagi cuba menghimpit jamil menyebabkan jamil marah. dan mengarahkan beliau berhenti. jamil ke hadapan dan berhenti di tepi jalan. beliau berhenti di tengah jamil. dan keluar kereta.sebaik jamil tongkat skuter jamil berjalan menuju ke arah beliau untuk bertanya kenapa beliau melakukan perkara bahaya dan hampir membunuh kepada jamil. ,sebaik sahaja sampai hadapanya belum sempat jamil bercakap beliau menusuk perut jamil dengan sejenis alat kejutan elektrik yang menyebabkan jamil hampir lemah.tapi nasib baiklah kita orang kampong, orang kampong mana kosong dalam badan. dengan pantas jamil melibas kepala beliau dengan topi keledar jamil. sambil sebelah. di sebelah kiri tangan jamil tengah pegang berok jamil jk dan shaki. apa lagi apabila jamil dok belasan lelaki arab tersebut jk dna shaki pun tumpang sama. habis kaki lelaki arab tersebut di keronyoknya. jamil sempat menghentak kepala beliau
sebanyak 3 kali dengan topi keledar. sambil beliau mencuba kali kedua untuk mencucuk jamil dengan alat kejutan elektrik tersebut.tetapi apabila kepalanya kena topi keledar kali ke 3 beliau jatuh. ketika cuba bangun lagi dan jamil terajang sekali lagi belakangnya. Dengan beberapa penunggang ,dan pemandu ada yg kenal jamil meminta jamil berhenti, kerana mereka tak berani datang ada berok.mereka meminta jamil berhenti. dan menyuruh jamil beredar. lelaki arab tersebut bangun dan mula menjerit polis-polis. di sini baru jamil tahu dia kenal jamil apabila dia berkata) ( polis-polis you dont go anywhere i know who you are, i know you in bukit bintang,i know you with the cats, i know you dont like arab people ) i will bring the polis to pick you. tekejut gak jamil. pasal dia kenal jamil. tetapi dengan nasihat beberapa orang yg meminta jamil beredar ada seoarng itu menyuruh jamil membuat polis report. jamil pun terus ke tempat berok berok yang banyak tapi berhenti sekejap sahaja. kemudian jamil terus berjalan sebab hati rasa tak seronok. jamil terus jalan. tetapi berembung dengan kereta lelaki arab tadi.sambil bunyi hon suruh jamil berhenti,tapi jamil tidak memperdulikanya. beliau membuat u turn dan di dalam kereta tersebut rupanya ada 2 anggota polis. anggota polis tersebut mengarahkan jamil berhenti.



Sebaik sahaja berhenti anggota polis tersebut bertanya betulkah jamil memukul lelaki arab tersebut .jamil kata ya. sebab dia cucuk jamil dengan kejutan elektrik.tapi lelaki arab tersebut kata jamil bohong. jamil suruh anggota-anggota polis tersbeut memeriksa kereta arab tersebut . setelah di periksa mereka menjumpai alat tersebut di bawah karpet bawah kerusi kereta tersebut. angota polis tersebut marah dan berkata adalah menjadi kesalahan orang awam membawa senjata tersebut. salah seorang anggota polis itu berkata kepada jamil .abang jamil kami kenal abang jamil . sekarang saya nak abang jamil pergi ke balai polis hulu kelang buat report. katanya arab ini akan mengunakan embassy jadi lebih baik abang jamil buat report dulu. jamil cakap ok. anggota tersbeut kata mereka akan membawa lelaki arab tersebut ke balai polis hulu kelang. jamil membawa balik dulu berok berok jamil ke rumah. sebaik semua siap jamil menunggang skuter ke balai polis hulu kelang. sampai kira-kira pukul 6.30 petang. Sebaik sahaja sampai jamil membuat report.begitu juga lelaki arab tersebut. kebanyakan anggota-anggota polis di balai hulu kelang mengenali jamil. ada yg tekejut atau yg bertanya.di sini baru jamil tahu beliau berasal dari iran. sambil lelaki iran tersebut mahu membuat report ,sambil bising, membebel, nak panggil peguam, nak panggil embassy. beliau tak tahu membuat report.jadi terpaksa menunggu kawanya. setelah report jamil siap jamil di hantar ke atas berjumpa I.O bertugas iaitu Insp Irwan . jamil di temuramah. dan di tanya beberapa soalan. semuanya siap dalam pukul 7.30 malam. kemudian lelaki arab itu pula naik bersama kawanya. mereka masuk bilik insp irwan dan jamil keluar dan tunggu di kerusi yang ada di luar. jamil tunggu sambil tertidur. dalam pukul 8.30 malam insp irwan memanggil jamil dan lelaki arab tersebut ke dalam bilik beliau. kata beliau dua-dua orang buat report. jadi beliau beri peluang sama ada mahu selesaikan atau beliau terus membawa ke mahkamah. .


Demi kucing dan BErok jamil setuju untuk selesaikanya. lelaki iran tersebut atas nasihat kawanya mahu selesaikannya ,tetapi beliau dok membebel. dok bisingg, kononya katanya beliau takut jamil akan ganggu beliau, keluarga beliau, beliau seorang buisness man ,takut itu takut ini. memang beliau betul betul tak puas hati dnegan jamil. beliau mahu selesai tapi tetap mahu jamil di kenakan tindakan. apabila hampir setengah jamil beliau masih membebel. insp irwan terus membawa fail keluar dari bilik beliau dan terus ke bilik ketua beliau. Dalam 2 minit beliau keluar dan memanggil 2 orang sb yang memang berada di dekat situ. insp irwan memanggil jamil masuk semula ke dalam bilik. dan beliau berkata dalam bahasa inggeris. ( i already try to give both of you chance. but you iranian guy have alotts problem. talk to much, so after i discuse with my officer. we want to bring both of you to court. maka sb tersebut terus keluarkan gari.sebaik sahaja tengok gari. lelaki iran tersebut . mula kalang kabut dan merayu untuk selesai. dan mahu buat time itu juga. tapi apa boleh buat nasi sudah jadi bubur. 3 orang sb terpaksa di gunakan untuk mengari beliau. yg heran jamil tidak di gari. . rayuan dari jamil, abang lelaki iran tersebut terhadap insp irawan sudah tidak boleh di pakai lgai . jamil memikirkan kucing dan berok jamil . alasan itupun rupanya tidak dapat menyejuk hati seorang lelaki melayu islam. kami di bawa ke bawah. sebaik sahaja nak ke kereta kereta peronda ada nggota polis tersebut berkata ( abang jamil pergi ubah skuter abang dulu.letak bawah garage.takut hujan.kunci apa yang patut. setelah siap jamil datang segera ke kereta. lelaki iran tersebut naik sebuah kereta.jamil naik kereta peronda. datang seoarng sb kata dekat jamil.dan berkata abang jamil mohon maaf saya terpaksa mengari abang takut nanti orang-orang iran ni komplain pulak. jamil tak kisah dan anggota sb tersebut mengari pun ala kadar je.


Kami di bawa ke balai polis ampang jaya dan sampai dalam pukul 11.30 malam. .inilah kali pertama jamil dapat naik kereta peronda polis, sampai di balai polis ampang kebanyakan mata anggota bahagian hadapan tengok jamil . ada yang bertanya en abang yg bawak kuicng tu kan. ada yg tanya ni jamilkucing kan. jamil cakap ye saja. jamil dan lelaki arab tersebut di bawa ke sebuah bilik seblum lokap. kami duduk di situ. datang lagi angota.bertanya,eh abang jamil ape hal. kenapa abang. bila jamil cerita dengar je maki hamun terhadap lelaki iran tersebut. naik kesian pulak jamil. setelah anggota -angota tersebut tiada. lelaki iran tersebuat memegang tangan jamil dan berkata. friend. i wan to appologise to you. everyone know you. can you tell them we want to sattle. we withdrown back our report. jamil kata ok can but the problem is all of them cant do that. only the IO can do than. and his not here. lelaki iran tersebut dah mula kalang kabut,takut, dari bilik tu jamil dengar pulak dari dalam kurungan banduan dan orang tahana. ada yg panggil nama jamil. ada seoarng tu pulak bertanya eh abang jamil apa hal. kenapa kena tangkap. ada pulak kata abang jamil kenal saya. jamil senyum sahaja. . tak smapai 1 jamil 2 angota polis datang dan memangil jamil utnuk di bawa ke hospital untuk pemeriksaan.. sebelum jamil keluar sempat lagi lelaki iran tersebut memegang tangan jamil dan berkata please tell office e want to go back.jamil cakap ok la. Jamil di bawa ke hospital ampang dengan kereta peronda untuk di periksa bekas tikaman kejutan elektrik tu. tapi alhamdullilah tak ada apa-apa. dr beri satu injection . dah di hospital pulak 2-3 orang tanya ni abang jamilkucing kan. dengan tangan bergari ya allah selamatkan lah maruah dan harga diri hamba mu ini. jamil senyum je. sewaktu jamil duduk menunggu no. ada kakak dan suaminya disebelah. bertanya ni jamilkucing bukit bintang kan. jamil cakap yg. mereka bertanya kenapa. setelah jamil cerita bartu mereka paham. dalam 1 jam kami balik. sampai je di balai polis ampang jaya. jamil tengok sebuah kereta ambulan telah bersedia. jamil di bawa masuk dan bertembung dengan lelaki iran tersebut di atas kereta troly ambulan., jamil tanya dekat dia what happen. rupanya dia jatuh sakit jantung. ( 30 tahun betul ke sakit jantung ) biarlah.jamil dimasukan ke dalam bilik tadi semula. ada kerusi kayu. jamil rehat je.

Dalam pukul 3.00 pagi seorang lelaki india di bawa masuk bergari. di bajunya tertulis ( pemuda ppp Barisan nasional. ) dia di bawa masuk ke bilik kawasan banduan. dan di situlah dia mula, menjerit , menangis, mengamok, nak keluar. kata beliau di fithnah, di tuduh, di hina, mcm-mcm lagi la sampai susah nak tidur. beliau menoreh pgelangan tangany dengan besi spana darid alam beg beliau. sehingga menyebabkan kelukaan di tanggannya. . jamil tidur rehat tapi tak boleh lena. tapi anggota polis yg menjaga tidak mengambil apa-apa dari jamil baik handphone atau apa sahaja. sehingga ada beberapa kawan yg jamil hantar sms tanya balik. ( jamil kalau ko dalam lokap macamana ko boleh dok hantar sms atau call ) jamil jawab inilah kelebihan jamilkucing,kelebihan orang yg membantu haiwan.hehehe Dalam pukul 5.00 pagi anggota polis datang dekat jamil cakap. 6.00 pagi pegawai akan buat pemeriksaan. jadi kami kena letakan abg jami di dalam . jamil kata ok. jamil masuk je 2-3 orang yg tak tidur datang dekat jamil. semuanya kenal jamil. dan pernah tengok di bukit bintang. inilah pertama kali jamil duduk satu urungan dengan penjenayah, samseng, perompak, pencuri,perogol, pecah rumah. dalam pukul 6.00 lelaki iran atdi di bawa balik .polis tu kata dia belakon je. walaupun lelaki iran tersebut yg menyebabkan jamil amsuk lokap. tetapi juamil di lahirkan sebagai mansuai lembut hati. kesihan pulak jamil tengok lelaki iran tersebut. takut , cara polis melayan dia. ye la kita kena fikir jugak. dia di negara orang. walaupun dia belagak waktu di luar,tapi dia manusia ciptaan Allah. dia datang duduk dekat jamil dengan keadaan lemah. jamil suruh duduk dan berehat. kata jamil nanti kita akan di bawa ke mahkamah.kita cakap mahu selesai. 2-3 kali dai cakap mahu selsai. tepat pukul 7.00 pagi 2-3 orang salah yg bertugas. membawa roti .bubur kacang dan air teh cair. dan di letakan di hadapan pintu pagar bilik. jamil tolong masukan sebab jamil duduk depan pintu berangin sikit. tetapi bukan nak menghina tengok makanan pun tak lalu nak makan.

Tepat pukul 8.00 pagi jamil dan lelaki iran serta beberapa orang di panggil nama. kami di beri kasut .kemudian di gari dan di bawa naik lori polis. dan di bawa ke mahkamah pandan indah, kami di bawa masuk ke sebuah bilik .sambil menunggu nama-nama di panggil. di sini jamil dapat melihat gelagat manusia,gelagat polis yg jamil kan huraikan nanti. sementara menunggu panggilan beberapa anggota polis bertanya jamil tentang apa yg jamil buat, apa keuntunganya, kenapa buat.dan berbagai lagi. sampai pukul 8.30 pagi. tetapi nama jamil dan lelaki iran tersebut di pangil pukul 3.00 petang. kami dan beberapa orang di bawa masuk ke bilik mahkamah.dan dibawa ke hadapan seorang megistrate.

Masa nama jamil di panggil. .soal jawab jamil.

Polis : Jamil bin ismail kamu tahu kenapa kamu di tangkap.

Jamil : ya tuan.

Polis : Tuan kami memohon reman selama 4 hari terhadap jamil bin ismail untuk siasatan.

Megistrate : Jamil awak tahu kenapa di tahan, awak ada sakit , awak perlukan ubatan, keluarga awak tahu awak di tangkap. pihak polis mahu reman awak 4 hari. awak ada apa-apa nak di cakap.

Jamil :

( 1) Tuan nama saya dikenali sebagai jamilkucing ,saya membuat kerja amal memelihara kucing-kucing terbiar dan dalam jagaan saya terdapat 104 ekor kucing dan 3 ekor berok. kali terakhir kucing saya makan ialah pukul 11.00 pagi semalam. berok saya pukul 4.00 petang semalam. cuba tuan fikir apa akan jadi kalau 4 hari saya di reman

( 2 ) saya dengan lelaki iran ( ali vasvayee ) telah sepakat untuk menyelesaikan di luar,dan kami berdua telah bersetuju untuk menarik balik report kami. kami mahu melupakan perkara ini. malah semalam pun insp irwan telah memberi peluang untuk kami menyelesaikanya. dan saya menerima dengan baik cuma lelaki iran ini yang bercakap banyak serta memberi masaalah. tetapi insp irwan tak ada kesabaran terus charge kami.

( 3 ) Apa perlu 4 hari untuk siasat.kami bukan pencuri,perompak,pembunuh,penjua dadah atau penjenayah. saya pohon jasa baik yang tuan untuk melepaskan kami..jika kami di arah bayar denda pun kami sanggup. Setelah itu jamil tengok insp irawan bercakap denagn megistrate . kemudian megistrate bercakap.

Megistrate. En jamil saya hanya benarkan polis menahan awak hanya semalam sahaja lagi. untuk siasatan. kalau mereka berpuas hati esok awak akan di bebakan. saya tak benarkan 4 hari tapi saya hanya benarkan semalam . awak setuju.

Jamil saya terima tuan . kata jamil. begitu juga lelaki iran tersebut . cuma beliau nampak kesal, suah hati,takut, dari bilik mahkamah sampai ke bilik mkurungan mahkmah.beliau ashik bertanya soalan meminta supaya insp irawah membebaskan kami. jamil cakap tak boleh.hanya esok. dalam pukul 5.00ptg kami di abwa balik ek balai polis ampang jaya. kami di amsukan ek dalam kurungan. tapi taks ampai 1/2 jam nama kami berdua di panggil. kami kelau dan di abwa ke satu bilik. did alam bilik tersebut ada menunggu insp irwan. beliau suruh kami duduk dan beliau mula bercakap.

Insp irwan : ok saya boleh bebaskan awak berdua ( dalam bahasa inggeris ) tetapi awak berdua mesti terus ke balai polis hulu kelang dan menarik balik laporan polis tersebut dan mesti berjanji perkara ini selesai. kami mengaku. beliau menulis sebuah surat macam resit dan kami menandatanganinya. kami kemudian di beri balik barangan kami. dan kami di minta menghubungi seseorang untuk jamin mulut. jamil telah menghubungi ketua bahagian keadilan putrajaya jamil sdr onn bakar tetapi beliau berada di johor. dan beliau telah menyuruh kawan lama kami dalam reformasi sdr nasir untuk menjamin jamil. lelaki iran tersebut di jamin oleh kawanya. sebaik sahaja keluar jamil di hantar balik ke rumah dahulu.untuk mengambil topi keledar baru sebab topi jamil di jadikan barang bukti.so nak keluarkan balik mesti ada surat kebenaran. sdr nasir begitu baik hati sanggup menghantar jamil ke balai polis hulu kelang. untuk mengambil skuter jamil. .,jamil belum tarik laporan sebab jamil tunggu dulu lelaki iran tersebut tarik dulu.kalau tidak bahaya. jamil ambil skuter dan balik. kemas bilik kucing,bagi makan, kucing dna berok, mandikan mereka. Malam tu pukul 9.00 malam jamil dah terlena di depan tv. punya mengantuk 24 jam tak tidur. sedar sedar esoknya sudah pukul 10.00 pagi. jamil telefon balai polis hulu kelang bertanya lelaki iran tersebut dah tarik ke belum.mereka jawab blum. tepat pukul 11.00 pagi lelaki iran tersebut menelifon jamil. dan berkata beliau mahu ke balai polis hulu kelang untuk menarik balik laporan. dan bertanya bila jamil akan buat. jamil jawab malam nanti jamil akan buat. beliau mengucap terimakasih.dan akan melawat jamil di bukit bintang. bukit bintang.
Hikmah , pengajaran, peristiwa,dll:

1 ) Pengajaran kepada jamil bahawa bangsa lain tidak sama dengan bangsa bangsa di malaysia ini. mereka langsung tiada sifat sifat sopan santun,hotmat menghormati, orang lain.

2) Terkejut macamana di negara sendiri bangsa lain boleh menyimpan senjata ( kejutan elektrik ) yang polis negara ini sendiri tidak mengunakanya, undang-undang melarang
senjata tersebut di gunakan.

3) Orang yang membuat mempertahankan diri,membuat report di tahan polis. undang-undang rimba.

4) Dapat melihat bangsa asing yg datang ke negara ini langsung tidak menghormati undang-undang negara kita,jamil ingat hanya di bukit bintang tetapi even dalam balai polis pun mereka masih mahu tunjuk kuasa.

5) Dapat melihat bagaimana anggota polis berpangkat cabuk cuba menunjuk kuasa didalam lokap terhadap orang yg di tangkap walaupun belum terbukti bersalah.( bukan jamil la )

6) melihat bagaimana sombongnya beberapa anggota polis bawahan terhadap sesama manusia walupun dia pesalah.adakah kerana seseorang itu bersalah kerana melakukan kesalahan mereka layak di hina,kutuk,di maki hamun,disepak, di kuis dengan kaki,

7) melihat bagaimana kita negara yg mengaku islam, bangsa melayu bersopan santun. polis melayan bangsa asing begitu sombong.sehinggakan lelaki iran itu yg menginaya jamil pun boleh jamil kasihani balik setelah melihat cara polis melayan beliau. layakkah polis menjatuhkan hukum sebelum mahkamah.apa yang dia pinta hanya satu panggilan telefon tetapi dia di hina,di maki,di sindir.

Cool dapat melihat sebatang rokok berharga rm 10 , / prepaid kad rm 10 jadi rm 50 dapat melihat roti canai boleh berharga rm 20 /

9) Di lokap mahkamah jamil dapat melihat ada manusia yang sanggup menjual maruah dan harga diri hanya kerana nak minta sebatang rokok dari anggota polis. ,sangup mengampu , membodek , memuji hanya kerana sebatang rokok. rupanya ada manusia maruah dan harga dirinya sama dengan harga sebatang rokok,

10) Dapat melihat bagaimana tahanan reman seseorang itu habis dan megistrate benarkan seseorang di bebaskan tetapi polis ada cara busuk untuk menahanya kembali yang di panggil road show. ( lepas balai ini tapi balai polis lain tangkap )

11) dapat melihat bagaimana banduan lama penjara menyeludup lighter atau tembakau ke penjara.iaitu entah la malas nak cerita.

12) Dapat melihat dan mendengar bagai mana kebebasan seseorang boleh berharga rm 10.000/ jika mahu di lepaskan atau di tutup kes.

13) Dapat melihat bagaiman kotornya lokap. tetapi di situlah makhluk yang bernama manusia di letakkan. walaupun orang salah tetapi dimanakah sifat-sifat kemanusiaan.

14) Dapat melihat bagaimana ada anak-anak melayu sanggup jadi hamba .di lokap demi nak sebatang rokok, sanggup jadi tukang edar makanan, sanggup jadi tukang sapu sampah,

15) Dapat melihat kelakuan anggota-angota polis bawahan berlagak berkuasa, seronok menjatuhkan maruah orang,menghina orang , mengutuk orang , sergah orang sesukahati.

16) Dapat melihat sebenarnya siapa polis bawahan. mereka lebih suka kerja senang dari melakukan kerja yang sepatutnya mereka lakukan. terlampau bodoh tak tahu membezakan baik atau jahat, tiada sifat belas kasihan terhadap mansuia yg belum terbukti bersalah. di gari sesukahati. permintaan untuk melonggarkan gari tidak di pedulikan. walaupun tangan seseorang itu hampir berbekas. ( paham la peraturan jika penjenayah atau pembunuh. ) apa yang terjadi dekat jamil betul betul membuat jamil benci sungguh dekat polis polis di malaysia ini.

Last edited by jamilkucing on Sun Apr 18, 2010 11:49 am; edited 1 time in total

Sunday, April 18, 2010

camana nak adjust nie...

step kedua,

adjust blogg...how?

Saturday, April 17, 2010

Friday, April 16, 2010

alam bloggers:pelancaran akhirnya

salam 1malaysia,

permulaan kepada penulisan blog

ingatkan susah sangatlah nak create blog sendiri, rupa2nya mudah jer....

anyway, cerita2 lain akan menyusul kemudian berkisar kepada pengalaman hidup, pengalaman bekerja dan juga hal2 kemasyarakatan dan juga politik, ahaks...

stay with me,,,

papa alif dan airis